-->
skip to main | skip to sidebar
CORETAN HIDUP



selamat datang , jaga tingkahlaku OK ^_^

CIkgu ibarat lilin yang membakar diri

Jangan kata aku ketingalan sebab post entri pasal cikgu , Bukan untuk mengucap Selamat Hari Guru tetapi ................. Ahh susah untuk aku mengukapkan perkataan tuh .

Kalau boleh aku tak nak jadi cikgu bila sudah besar nanti , sebab aku akan menjalani pratikal selama 4 bulan , selepas 4 bulan aku akan meninggalkan sekolah tersebut termasuklah anak-anak murid yang aku ajar. 

Kalau boleh jugak aku tak nak ke sekolah jika kelas aku terpilih untuk menerima ajaran daripada Guru Pratikal , 4 bulan kemudian mesti akan berlaku banjir besar di sekolah .

Itulah aku dan kawan-kawan aku alami sekarang . Pada perhimpunan pagi 4 bulan yang lepas , Encik Wafa A.k.a penolong kanan  mula memperkenalkan semua guru pratikal . Pada masa itu sangat gembira sebab menerima kehadiran guru baru disitu tambahan pula 2 orang guru pratikal akan mengajar kami .

Sudah sekarang biar aku ceritakan tentang mereka 
Ya , sudah semestinya mereka sempoi , baik hati dan lain-lain .

Cikgu Yaashini : - Cikgu yang mengajar subjek BIOLOGI
                        - berasal dari JOHOR
                        - Cantik , baik , peramah
                        - selalu tersasul dan mengambil masa 5min untuk menyebutnya kembali
                        - tak pernah marah
                        - bersabar dengan perangai 4sn3
                        - Oh penyayang jugak tau cikgu ni
MyEm0.Com Seronok sebenarnya bila cikgu Yaashini ajar , Start dari hari khamis 19/10/2012 aku tak habis-habis peluk dia . Sampai hari jumaat . Last jumpa dekat Ipoh Prade rasa seronok dapat jumpa banyak kali sebelum dia nak balik Johor . Gelak-gelak , sembang-sembang kat tempat bowling dengan cikgu Krishna. Sampai aku dengan kawan-kawan teman sampai rooftop and sampai bayangan dia hilang daripada pandangan kita orang . Bila cikgu bagi ucapan time nak balik tuh terasa sedih sangat . Rasa nak menangis tapi aku tahan. Sebab nanti kawan aku kata tak sempoi . Hahah
MyEm0.Com
Cikgu Hanafi : - Cikgu yang mengajar subjek SEJARAH
                     - berasal dari kelantan 
                     - Cikgu yang taff , paklawak , riuh 
                     - Tak pernah mengantuk time cikgu ni ajar , 
                     - cikgu paling sempoi .
MyEm0.ComTahu tak subjek SEJARAH tuh macam mana ? korang tahu kan? Aku pon tak tahu cikgu buat apa sampai kita orang belajar sejarah tak mengantuk macam sebelum ini. Dia masuk kelas kita orang tak pernah tak duduk diam , ada saja lawak dia buat . Lagi satu , dia tak pernah marah . Apatah lagi muka dia series . tak pernah langsung . 

Tak lupa jugak Cikgu Krishna
Cikgu Krishna : Walaupon teacher ajar kami kejap , kami sangat seronok . Saya akan rindukan teacher jugak, Thank mengajar kami , teacher kalau ingat 4sn1 ingat la saya jugak :D Take care teacher . Drive carefully teacher . 

To Cikgu Yaashini dan  Cikgu Hanafi :

Terima kasih cikgu sebab sudah mengajar kami dengan penuh kasih sayang, dengan penuh semangat . Terima kasih sebab buat kami suka pada subjek yang kami tak suka sebelum ini .
Terima kasih juga sebab banyak bersabar dengan kerenah kami semua .
Terima kasih Cikgu MyEm0.Com

Kami juga ingin memohon maaf jika ada terkasar bahasa , gurau yang melampau , tak ambil perhatian semasa cikgu mengajar. Saya harap cikgu takkan lupakan kami semua , ingat-ingatlah kami jika cikgu mengajar di sekolah lain selepas ini . Jemputlah kami jika cikgu ada mengadakan Majlis Perkhawinan nanti ok ? Kata-kata Pujangga: “Kasihkan manusia lepaskan dia kepada pilihan dan keputusannya kerana di situ tanda kita gembira melihat insan yang kita sayangi beroleh bahagia.”
MyEm0.Com
MyEm0.ComKAMI AKAN MERINDUI CIKGU DAN TAKKAN LUPAKAN CIKGUMyEm0.Com

Ya Allah , kau pertemukanlah kami semua lagi pada suatu hari nanti , Kau berikanlah kami semua kejayaan yang berpanjangan , di dunia dan di akhirat  

                     

awak comeel gilee arr,like eh?nanti bertambah comel :D

1 comments

STYLISTA CONTEST

Asalammualaikum tak jawab dosa , kalau jawab ? dapat pahal :)Kao Cherry Emoticon
Dah lama tak hapdate blog Dan ini la masanya . Rasa macam nak join contest .
*sebab nampak contest . Macam menarik Kao Smiley Alaaa memang menarik laa ceritanya .
Tidak mengapa yang penting kita cuba , ada rezeki ada laa Girl Monkey Emoticon. Jom mulaa .



Cara dan Syarat-syaratnya:
pastikan Korang mempunyai blog dan warganegara malaysia.
1 entry bertajuk "Stylista contest"
sertakan gambar PENUH Korang (Forever alone ) yang Omey2 ( psssttt tamo tak cukup kain tau ) Nasubi Chan Emoticon
berikan 3 perkara menarik tentang blog Syira dan Dyla..
anda perlulah Follow Blog shira . dan semestinya Blog dyla
 like page Pabila dua blogger bergabung
follow twitter Diorang :Dyla  and Shira
take a note > Kedai tutup  : 20 OKTOBER 2012

Ganjaran istimewaa katanyaa  Kao Brown Smiley (Yeletewww ==') Tak percaya ? Jom tengok  Cute Bunny Smiley
  Tempat pertama hadiah merupakan KAMERA LOMO . Wuuu WuuuuMonkey Emoticon

 Tempat kedua hadiah merupakan Top Up bernilai RM10.00 utk 2 org Monkey Emoticon
Tempat ketiga hadiah merupakan  Top Up bernilai RM5.00 utk 2 org Monkey Emoticon

15 gambar TERBAIK (pilihan Dyla dan Syira berdasarkan gambar dan entry menarik) akan diupload di page kami dan undian"like" yg terbanyak akan dipilih sebagai pemenang
segala info dan pengumuman akan dibuat di page dan twitter MEREKA :)

Jadi ? apa tunggu lagi ? Jom laa join Wei . 

Myra pertaruhkan Gambar Dibawah ini (Tolong jangan ketawakan Wa )

Jadi apa yang istimewa sangat blog syira dengan dyla nie ialah :
1: Ada Tips-tips bercinta-cintun Kao Cherry Emoticon
2: Ada resipi-resipi (Kek coklat lava)Kao Cherry Emoticon
3 : Ada gambar photoshoot cik Syira Kao Cherry Emoticon 

Sekian terima kasih daun keladi :) Maaaahhh haha Kao Panda Emoticon

awak comeel gilee arr,like eh?nanti bertambah comel :D

4 comments

Raya tiada makna

Salam Raya ketiga ,
Raya ketiga kalian semua penuh makna , tapi raya aku tiada makna apa-apa langsung.

Pagi raya beranikan diri lepas solat Aidilfitri , pergi ke rumah Dia . Lihat dia sibuk kemas barang hendak pulang ke kampung halamannya. Segak bergaya dengan baju melayu Kelabunya pada hari itu , baju raya kami sama warna kelabu :) . Bukan aku , yaa bukan aku meniru Dia  tetapi Dia yang meniru aku  . Pada mulanya dia bertanya "Baju raya tahun nie warna apa?" , "Warna oren cadangnya tapi Ateh(Adikku) dia gelap buruk pulak pakai warna oren , So warna kelabu laa . awak awak ?" kataku , "tak tahu la lagi warna apa tengok deme ler " , "Ala warna kelabu jugak laa nak nak?" , "Tengok la dulu , kalau akak berkenan".

Kononnya bila tiba hari raya dia dapat terima aku , maafkan aku , mahu berbaik dengan aku . Tetapi sangkaan aku tak tepat , dia masih marahkan pasal kejadian yang kecil bagi ku . Bagi dia mungkin besar sangat . Salah aku juga pada masa itu , tidak pernah paham erti orang penat bekerja .

Aku telefon aku kirimkan pesanan ringkas kepadanya , Dia tidak balas , senang cerita tiada respon tetapi aku tahu dia sering melihat telefon bimbitnya .

Dia pernah membalas mesej "Kita tiada apa-apa" . Air mata aku mengalir . Hati aku berkata
"Myra sabar yaa , dia marah sangat dengan kau tuh"
Aku menangis terus menangis sampai tangisan aku didengari oleh umi , opah dan adik-adikku .
Adik-adikku : Menangis pasal pakwe letew.
Umi : ini dah kenapa , teruknya sampai bengkak mata .
Opah : *urut dade* dah dah , karang pengsan pulak .

Kakak dan mak dia banyak tolong aku , Diorang pon tak berani nak nasihatkan dia . Sebab dia panas baran , selama dia dengan aku dia tak pernah panas baran , aku rasa macam aku air-cond dalam hati dia . Tapi mungkin dia dah banyak bersabar dengan kerenah aku itu yang jadi macam nie.

Walau kita macam ni , aku tak pernah anggap kau BEKAS/EX , bagi aku kita masih ada apa-apa . Walau kau tak anggap aku buah hati kau lagi aku tetap sayangkan kau , Aku tetap akan text kau macam biasa even tiada respon darimu . Siapa boleh lupa hubungan yang dah terjalin lama hampir 3 tahun .

Dear Future Gf  ,
Awak tolong jaga buah hati saya . Ya ! dia buah hati saya , kenapa awak dekati dia?
Awak tak tahu saya sorang je boleh buat dia menangis ,
Dia panas baran , tolong jangan buat dia panas baran.
Kalau awak rasa awak tak boleh jaga dia tolong jangan awak dekati dia .
Saya mengambil masa 2 tahun untuk kenal perangai dia , tetapi saya masih gagal .
Dia seorang yang tak suka GF dia ada kawan terlampau mesra dengan lelaki ,
Saya sedar bahawa perempuan sekarang banyak kawan lelaki , termasuk saya . Sehingga saya berjauhan dengan kawan-kawan lelaki saya. <<- Kawan tuh kata ganda , tolong paham berapa banyak kawan-kawan lelaki saya yang saya jauhi .
Dia seorang yang penyimpan .
Kalau awak buat salah , dia takkan bagitahu apa salah awak . Jadi hati-hati laa dah ingat setiap apa yang awak buat .
 Kalau awak rasa awak tak dapat nak hadap panas baran dia , jauhkan diri awak .
 Paling penting , tolong awak jangan berlaku curang terhadap dia . Tolong pulangkan dia kepada saya kalau awak tak mampu jaga dia .
Kalau awak baik hati tolong jangan rampas/ambil dia dari saya , Walau dia tak anggap saya GF dia . Saya belum puas nak buat dia suka hati , saya belum puas nak ubatkan hati dia sebab kerenah saya , saya belum puas nak jaga dia .
*Rindu gelak tawamu serta senyuman mu :'(


awak comeel gilee arr,like eh?nanti bertambah comel :D

0 comments

Maafkan aku sayang :'(

 seminggu aku mengalir air mata sebab kau ,
 seminggu aku terseksa tanpa kau ,
 seminggu aku rindu kau teramat sangat .
seminggu aku rasa perit sangat .

Kau diam tanpa meninggal khabar berita , Aku tunggu dan terus menunggu. Menangis keseorangan didalam bilik , menangis di hadapan kawan . Maafkan aku , aku tahu kau tidak suka aku menangis depan keng-kawan aku , Air mata aku degil , aku tahan dia dari terus mengalir , dia tetap degil . 

Ye , mungkin aku bukan yang terbaik buat kau Tapi aku masih cuba untuk jadi yang terbaik buat kau . Aku tak jemu menunggu kau . AKu sabar, bak kata keng-kawan ,
 "Kau sabar , kami rindu kau yang dulu , yang riuh dalam kelas , yang sentiasa senyum"
sampai ada sorang kawan Aku yang sanggup pinjamkan tuala kecilnya kepada Ku , Tuala kecil kesayangannya tapi tuala itu penuh dengan hingus dan air mata aku . Series aku tidak kuat tanpa kau disisi.

Kepada kawan-kawan ,
Jangan kamu bertanya "kenapa" kepada aku , Jangan pernah kau tanya "Myra kau ok tak nie?" , Semestinyaa "TIDAK" jawapan aku .

Hari ini cukup 5 hari aku bersahurkan segelas air "skyjuice" , Cukup aku berbuka dengan segelas air "tembikai". Itu pon sudah kenyang. Kenyang kenapa ? Kenyang memikirkan tentang kau . Yang kau sikit pon tak pernah pikirkan aku . Setiap saat pandanganku tidak pernah lari dari memandang Telefon bimbitKu.

Rindu setiap pukul 5.30 sudah ada tertera namamu didalam telefon bimbitKu,
Rindu panggilan-panggilan yang kau panggil aku ,
Rindu gurauan-gurauan kau ,
Rindu semuanya tentang kau .
Cukupla aku menebalkan perasaan malu ku untuk menelefon ibu mu .
 "Dia dah balik ?" , "Ipin dah berbuka?" , "Ipin sehad ?", "Ipin ok tak rini"
Mungkin ibumu jugak sudah bosan asyik membalas sms ku dan mengangkat panggilan ku. 

Aku paham tentang kau yang sedang menjalani pratikal , sampai bekerja sana-sini. Pendek kata kau sibuk sangat . Ya aku paham tapi sesekali balas la mesej aku hari ni cukup 5 hari kau diam , tiada namamu keluar didalam telefon ku . Sebelum ini boleh ja kau balas mesej aku , kenapa sekarang tak ? Hingga ibumu risau , termasuk aku . 

Beritahulah aku jika aku ada buat salah kepada kau ,
Beritahulah aku jika aku ada terkasar bahasa kepada kau ,
Beritahulah aku jika aku ada terguris hati mu ,
Beritahulah aku jika kau tak lagi menyayangi ku ,
Beritahulah aku jika kau ada masalah . Selama ini sama-sama kita kongsi segala masalah yang kita hadapi , sama-sama kita tempuh segala cabarang yang datang. 

Beritahulah aku jika kau ada perempuan lain . Kau marah jika aku berkata begitu, bukan ? . Aku percaya tapi aku tidak boleh lari daripada fikiran negatif yang selalu bermain dalam minda.

Aku rindu main "Rollerblade" sama-sama dekat taman ,
Aku rindu gelak tawa kau ,
Aku rindu suara kau ,
Aku keliru kenapa kau buat aku macam ini .

Kata-kata dan nasihatmu semua aku turuti , aku tak pernah lupa. Termasuklah janji-janji mu dulu , Itu yang membuat aku keliru , itu yang membuat aku tertanya-tanya , itu yang membuat segala persoalan timbul. Kenapa? , mengapa? , apa ? . Aku juga tidak pernah jemu berdoa kepada Allah supaya panjangkan lagi nyawa aku dan kau , panjangkan jodoh kita berdua . Ya aku masih muda untuk bercakap pasal jodoh.

Maafkan aku sayang , ampunkan segala salah silap ku . Berilah aku peluang untuk menjadi yang lebih terbaik untuk kau .  Berilah aku peluang untuk menebus salah silap ku . Benar , sesungguhnya aku tidak tahu dimana aku melakukan kesilapan , aku tidak sedar . Aku merayu maafkan aku . Kau lah yang boleh buat aku gembira semula . Tahun ni baju raya kita sama secara kebetulan . Mana mungkin aku dapat lupakan kau sesaat pon aku tak mampu nak lupakan kau .


p/s : Pembaca :) Maaf jika ada kesalahan penggunaan tatabahasa dan kesalahan meletak noktah dan koma merata-rata . Aku menaip bersama-sama air mata yang mengalir laju sambil mendengar lagu "Hanya ingin kau tahu" daripada "Republik" . 

awak comeel gilee arr,like eh?nanti bertambah comel :D

0 comments

Sayang ?


Bilaa aku sedih , aku rajin menaip. Yelaa siapa je pon nak dengar luahan hati nie:face74: Bila menaip dalam keadaaan sedih , Air mata berderu mengalir:face22: .

Aku tak kuat macam darjah 4- 6 , pendek kata aku tak kuat macam dulu. Dulu aku kena ejek aku rilek ja, Orang bahan aku , aku senyap je. Tapi sekarang aku tak macam dulu , sedikit orang cakap pasal aku , aku sedih . Sedikit orang sakitkan hati aku , aku terasa bagai nak gilaa. Walaupun mak aku sendiri yang perli-perli aku pon, aku cukup kuat terasa.Aku Bukan macam dulu:face32:

Sekarang , aku lemah , lembut dan mengada-ngada. Ye itu aku :95: .

Ye Sayang , AKu lemah . Kau kena tahu itu:face21:

Ye sayang, aku jugak bukan yang terbaik buat kau kan :face21: Itu aku tahu , dari dulu lagi.

Aku tahu kalau aku luahkan kat kau , kau takkan pernah paham. Sikit pon kau tak kan paham. Aku nak kau tahu , Aku sayang kau walau kau tak sayang aku , Aku rindu kau walau kau tak rindu aku , Aku selalu teringatkan kau walau kau tak pernah teringatkan aku . Ye aku macam bertepuk sebelah tangan.

Sekali kau tipu aku , aku tak pernah nak balas. AKu senyum sementara air mata aku mengalir , Hati aku bagai dicarik-carik dan aku mampu diam. Bersabar.

Allah maha adil . Bila agaknya Allah nak bukak pintu hati kau. Aku teringin sangat nak rasa dihargai. Agaknya macam mana rasa dihargai tu kan ?
Lumrah hidup seorang perempuan mesti ada sifat cemburu.

Aku cuba jadi kuat , walau aku tahu aku tak mampu jadi kuat dan aku memang tak boleh jadi kuat .*berbelit bukan ayat aku*
Tapi faktanya aku memang tak boleh jadi kuat.

Aku tak pernah berhenti berdoa , supaya jodoh kita panjang sampai anak cucu.
Ye imaginasi aku tinggi, luas, jauh. Aku tahu aku muda untuk bercerita pasal kahwin . Aku sedar.

Allah dengar doa aku , Allah makbul doa aku. Kita dah 2tahun lebih bersama. Setiap suka duka kita selalu bersama, Ada Masalah kita sama-sama harungi , Macam-macam kita tempuh. Kau sabar dengan aku , aku sabar dengan aku . Masing-masing sabar dengan perangai masing-masing kan sayang ?


Ye , Aku rindu dedulu sebab kita jarang bergaduh , sekarang kita kerap bergaduh. Aku sendiri tak tahu kenapa kita kerap bergaduh . Mungkin salah aku , mungkin salah kau . Tapi aku takkan pernah salahkan kau. Takpa biar aku saja yang mengalah. Aku tahu kau jugak nak beralah, Terima kasih sebab kau beralah dengan aku.

Terima kasih jugak selalu jaga aku bila aku sakit , kau nasihatkan aku, kau sabar dengan kedegilan aku,kau sabar dengan kenakalan aku. Pendek kata kau sabar dengan segala jenis perangai aku .

Kadang-kadang kau paham aku , kadang-kadang tidak . Sekarang aku sudah jadi terlalu paham , sebab kau nak aku paham kau sangat-sangat.

Maafkan aku , aku merayu maafkan di atas segala kesalahan yang aku buat selama kita bersama.

Aku tak tipu kau yang aku betol-betol sayangkan kau , aku rindukan kau.
*Aku harap kita takkan bergaduh lagi lepas nie .*:h::h::h:

awak comeel gilee arr,like eh?nanti bertambah comel :D

0 comments
Laman utama
Langgan: Catatan (Atom)
This Is Me
Photobucket
Nurul Amirah
1 Januari 1996
Ipoh , Perak
My SuperMan
Photobucket


Tinggal pesanan dekat sini

TEXT

Faceblog


Dikuasakan oleh Blogger.