Kalau boleh aku tak nak jadi cikgu bila sudah besar nanti , sebab aku akan menjalani pratikal selama 4 bulan , selepas 4 bulan aku akan meninggalkan sekolah tersebut termasuklah anak-anak murid yang aku ajar.
Kalau boleh jugak aku tak nak ke sekolah jika kelas aku terpilih untuk menerima ajaran daripada Guru Pratikal , 4 bulan kemudian mesti akan berlaku banjir besar di sekolah .
Itulah aku dan kawan-kawan aku alami sekarang . Pada perhimpunan pagi 4 bulan yang lepas , Encik Wafa A.k.a penolong kanan mula memperkenalkan semua guru pratikal . Pada masa itu sangat gembira sebab menerima kehadiran guru baru disitu tambahan pula 2 orang guru pratikal akan mengajar kami .
Sudah sekarang biar aku ceritakan tentang mereka
Cikgu Yaashini : - Cikgu yang mengajar subjek BIOLOGI
- berasal dari JOHOR
- Cantik , baik , peramah
- selalu tersasul dan mengambil masa 5min untuk menyebutnya kembali
- tak pernah marah
- bersabar dengan perangai 4sn3
- Oh penyayang jugak tau cikgu ni
Cikgu Hanafi : - Cikgu yang mengajar subjek SEJARAH
- berasal dari kelantan
- Cikgu yang taff , paklawak , riuh
- Tak pernah mengantuk time cikgu ni ajar ,
- cikgu paling sempoi .
Tak lupa jugak Cikgu Krishna
Cikgu Krishna : Walaupon teacher ajar kami kejap , kami sangat seronok . Saya akan rindukan teacher jugak, Thank mengajar kami , teacher kalau ingat 4sn1 ingat la saya jugak :D Take care teacher . Drive carefully teacher .
To Cikgu Yaashini dan Cikgu Hanafi :
Terima kasih cikgu sebab sudah mengajar kami dengan penuh kasih sayang, dengan penuh semangat . Terima kasih sebab buat kami suka pada subjek yang kami tak suka sebelum ini .
Terima kasih juga sebab banyak bersabar dengan kerenah kami semua .
Kami juga ingin memohon maaf jika ada terkasar bahasa , gurau yang melampau , tak ambil perhatian semasa cikgu mengajar. Saya harap cikgu takkan lupakan kami semua , ingat-ingatlah kami jika cikgu mengajar di sekolah lain selepas ini . Jemputlah kami jika cikgu ada mengadakan Majlis Perkhawinan nanti ok ? Kata-kata Pujangga: “Kasihkan manusia lepaskan dia kepada pilihan dan keputusannya kerana di situ tanda kita gembira melihat insan yang kita sayangi beroleh bahagia.”
KAMI AKAN MERINDUI CIKGU DAN TAKKAN LUPAKAN CIKGU
Ya Allah , kau pertemukanlah kami semua lagi pada suatu hari nanti , Kau berikanlah kami semua kejayaan yang berpanjangan , di dunia dan di akhirat




CIkgu ibarat lilin yang membakar diri






1 comments:
Cun and handsome lahh cikgu tu. Macam pelakon bolywood xD
Catat Ulasan