Kalau boleh aku tak nak jadi cikgu bila sudah besar nanti , sebab aku akan menjalani pratikal selama 4 bulan , selepas 4 bulan aku akan meninggalkan sekolah tersebut termasuklah anak-anak murid yang aku ajar.
Kalau boleh jugak aku tak nak ke sekolah jika kelas aku terpilih untuk menerima ajaran daripada Guru Pratikal , 4 bulan kemudian mesti akan berlaku banjir besar di sekolah .
Itulah aku dan kawan-kawan aku alami sekarang . Pada perhimpunan pagi 4 bulan yang lepas , Encik Wafa A.k.a penolong kanan mula memperkenalkan semua guru pratikal . Pada masa itu sangat gembira sebab menerima kehadiran guru baru disitu tambahan pula 2 orang guru pratikal akan mengajar kami .
Sudah sekarang biar aku ceritakan tentang mereka
Cikgu Yaashini : - Cikgu yang mengajar subjek BIOLOGI
- berasal dari JOHOR
- Cantik , baik , peramah
- selalu tersasul dan mengambil masa 5min untuk menyebutnya kembali
- tak pernah marah
- bersabar dengan perangai 4sn3
- Oh penyayang jugak tau cikgu ni
Seronok sebenarnya bila cikgu Yaashini ajar , Start dari hari khamis 19/10/2012 aku tak habis-habis peluk dia . Sampai hari jumaat . Last jumpa dekat Ipoh Prade rasa seronok dapat jumpa banyak kali sebelum dia nak balik Johor . Gelak-gelak , sembang-sembang kat tempat bowling dengan cikgu Krishna. Sampai aku dengan kawan-kawan teman sampai rooftop and sampai bayangan dia hilang daripada pandangan kita orang . Bila cikgu bagi ucapan time nak balik tuh terasa sedih sangat . Rasa nak menangis tapi aku tahan. Sebab nanti kawan aku kata tak sempoi . Hahah
Cikgu Hanafi : - Cikgu yang mengajar subjek SEJARAH
- berasal dari kelantan
- Cikgu yang taff , paklawak , riuh
- Tak pernah mengantuk time cikgu ni ajar ,
- cikgu paling sempoi .
Tahu tak subjek SEJARAH tuh macam mana ? korang tahu kan? Aku pon tak tahu cikgu buat apa sampai kita orang belajar sejarah tak mengantuk macam sebelum ini. Dia masuk kelas kita orang tak pernah tak duduk diam , ada saja lawak dia buat . Lagi satu , dia tak pernah marah . Apatah lagi muka dia series . tak pernah langsung .
Tak lupa jugak Cikgu Krishna
Cikgu Krishna : Walaupon teacher ajar kami kejap , kami sangat seronok . Saya akan rindukan teacher jugak, Thank mengajar kami , teacher kalau ingat 4sn1 ingat la saya jugak :D Take care teacher . Drive carefully teacher .
To Cikgu Yaashini dan Cikgu Hanafi :
Terima kasih cikgu sebab sudah mengajar kami dengan penuh kasih sayang, dengan penuh semangat . Terima kasih sebab buat kami suka pada subjek yang kami tak suka sebelum ini .
Terima kasih juga sebab banyak bersabar dengan kerenah kami semua .
Kami juga ingin memohon maaf jika ada terkasar bahasa , gurau yang melampau , tak ambil perhatian semasa cikgu mengajar. Saya harap cikgu takkan lupakan kami semua , ingat-ingatlah kami jika cikgu mengajar di sekolah lain selepas ini . Jemputlah kami jika cikgu ada mengadakan Majlis Perkhawinan nanti ok ? Kata-kata Pujangga: “Kasihkan manusia lepaskan dia kepada pilihan dan keputusannya kerana di situ tanda kita gembira melihat insan yang kita sayangi beroleh bahagia.”
Ya Allah , kau pertemukanlah kami semua lagi pada suatu hari nanti , Kau berikanlah kami semua kejayaan yang berpanjangan , di dunia dan di akhirat