
Penat rasanya bila tiap-tiap hari berlatih , masa untuk berada didalam kelas ditukar berada didalam bilik MPV . Mesti semua tahu MPV itu ape kan ? So mesti terlintas dikepala otak anda "MEMASAK" . Iye betol myra telah menyertai PErtandingan memasak . Mula-mula rasa leceh gile . Ye laa sebelum ni kan myra asyik bersukan jea . Bile masuk memasak nie haaa mulalah jadi bahan kawan kawan
.Seronok , dapat masuk Sebab dapat belajar macam mana nak masak itu nak masak ini .

Semalam ialah pertandingannya , dalam perjalanan ke Sekolah Menengah Kebangsaan Simpang Pulai , Cikgu banyak bagi nasihat dan semangat . Cikgu cakap " saya tak boleyh tidur semalam pikir pasal nie
". Myra rasa nak menanges sebab gemuruh gila . Mr.A kita balik kampung dia sebuk gila kat sana . Kita text dia tapi dia tak balas . Series saya rasa macam nak terjun keluar dari kereta tuh .

Sampai saja kat sekolah tuh , Ade la dalam 4 buah sekolah tengah sebuk menghias diorang punya tempat . Kite org baru terkontang kanting 

SEMASA PERTANDINGAN DIJALANKAN 



Memang gelabah gilee , cikgu tengok dari jauh muka macam marah je

Kawan myra berulang alik tengok nasi yang tak masak-masak akibat sekolah lain cabut wayar periuk nasi . Geram yang teramat .
Membuat hiasan pada hidangan sangat sukar , sebab baru belajar semalam . Memotong , menghiris , mecungkil dan bermacam lagi teknik-tekniknya . Bila juri datang kemeja kami .
FUUHH ! tunjuk bagus
, Tergagap-gagap bile juri mengajukan soalan . Itu laa ini laaa .

Bile nasi tak masak , muka cikgu betol-betol berubah . MAsa hampir tamat
.

"macam mane nie , macam mane nie . Nasi tak masak "
Hanya itu yang keluar dari mulutku , Ulang alik seperti cacing kepanasan . Hiraukan sajalaaah .
terus menghidang nasi itu , Ianya masak sedekit jea . Lembik !! tapi nampak sedap 

Menghias hidangan itu , seperti di Majlis perkhawinan sebab itu Temanya .
BILA TAMAT 



Juri-juri mula berjalan dan merasa masakan Satu demi satu . Sampai dimeja sekolahku , kulihat juri-juri diam . Hanya bercakap sedikit saja tetapi banyak menulis . Hanya tuhan saja yang tahu perasan ku . Tiba-tiba ku terpandang wajah cikgu dari jauh kelihatan air matanya mengalir . Aku dan kawan-kawan jadi bimbang , risau , takot , gelisah .
Keputusan akan diumumkan , Aku memegang kedua-dua tangan kawanku .
Pengerusi majlis mengumumkan pemenang saguhati
adakah sekolah ku .......







tempat ke-6 = bukan
tempat ke-5 =bukan
tempat ke-4 = juga bukan .
semakin laju degupan jantungku , Adakah tempat ke -3 atau ke-2 



tempat pertama , tak mungkin .
diumumkan tempat ke-3 =bukan !
Air mata berlinangang dikelopak mataku , Ya Allah !
|
|
|
|
|
Tempat pertama =




|
|
|
Tempat pertama =





Alhamdulillah , Tak ku sangka tak ku duga . Nasi yang baru nak masak itukah TUAHnya ?
Tak sia-sia usaha cikgu mengajar kami , tak sia-sia air matanya mengalir , Berkat doa ibubapa kami , berkat doa guru-guru disekolah , berkat doa kawan-kawan yang lain 


setelah tamat semuanya , wartawan dari SINAR . ( tak pasti surat khabar sinar atau radio sinar.FM
) Smiley bagai nak gileee je . HAHA .OK OK kembali balik . Tangkap gambarnye , muke merah nie baru lepas menanges. Rasa seronok sangat , baru je menyertai tahun ni .


(muke bangge , mcm nie laa . Konon cute
)

p/s: doakan kami di peringkat negeri nnti . Beli surat khabar SINAR nnti . HAHAH
0 comments:
Catat Ulasan