Raya ketiga kalian semua penuh makna , tapi raya aku tiada makna apa-apa langsung.
Pagi raya beranikan diri lepas solat Aidilfitri , pergi ke rumah Dia . Lihat dia sibuk kemas barang hendak pulang ke kampung halamannya. Segak bergaya dengan baju melayu Kelabunya pada hari itu , baju raya kami sama warna kelabu :) . Bukan aku , yaa bukan aku meniru Dia tetapi Dia yang meniru aku . Pada mulanya dia bertanya "Baju raya tahun nie warna apa?" , "Warna oren cadangnya tapi Ateh(Adikku) dia gelap buruk pulak pakai warna oren , So warna kelabu laa . awak awak ?" kataku , "tak tahu la lagi warna apa tengok deme ler " , "Ala warna kelabu jugak laa nak nak?" , "Tengok la dulu , kalau akak berkenan".
Kononnya bila tiba hari raya dia dapat terima aku , maafkan aku , mahu berbaik dengan aku . Tetapi sangkaan aku tak tepat , dia masih marahkan pasal kejadian yang kecil bagi ku . Bagi dia mungkin besar sangat . Salah aku juga pada masa itu , tidak pernah paham erti orang penat bekerja .
Aku telefon aku kirimkan pesanan ringkas kepadanya , Dia tidak balas , senang cerita tiada respon tetapi aku tahu dia sering melihat telefon bimbitnya .
Dia pernah membalas mesej "Kita tiada apa-apa" . Air mata aku mengalir . Hati aku berkata
"Myra sabar yaa , dia marah sangat dengan kau tuh"
Aku menangis terus menangis sampai tangisan aku didengari oleh umi , opah dan adik-adikku .Adik-adikku : Menangis pasal pakwe letew.
Umi : ini dah kenapa , teruknya sampai bengkak mata .
Opah : *urut dade* dah dah , karang pengsan pulak .
Kakak dan mak dia banyak tolong aku , Diorang pon tak berani nak nasihatkan dia . Sebab dia panas baran , selama dia dengan aku dia tak pernah panas baran , aku rasa macam aku air-cond dalam hati dia . Tapi mungkin dia dah banyak bersabar dengan kerenah aku itu yang jadi macam nie.
Walau kita macam ni , aku tak pernah anggap kau BEKAS/EX , bagi aku kita masih ada apa-apa . Walau kau tak anggap aku buah hati kau lagi aku tetap sayangkan kau , Aku tetap akan text kau macam biasa even tiada respon darimu . Siapa boleh lupa hubungan yang dah terjalin lama hampir 3 tahun .
Dear Future Gf ,
Awak tolong jaga buah hati saya . Ya ! dia buah hati saya , kenapa awak dekati dia?
Awak tak tahu saya sorang je boleh buat dia menangis ,
Dia panas baran , tolong jangan buat dia panas baran.
Kalau awak rasa awak tak boleh jaga dia tolong jangan awak dekati dia .
Saya mengambil masa 2 tahun untuk kenal perangai dia , tetapi saya masih gagal .
Dia seorang yang tak suka GF dia ada kawan terlampau mesra dengan lelaki ,
Saya sedar bahawa perempuan sekarang banyak kawan lelaki , termasuk saya . Sehingga saya berjauhan dengan kawan-kawan lelaki saya. <<- Kawan tuh kata ganda , tolong paham berapa banyak kawan-kawan lelaki saya yang saya jauhi .
Dia seorang yang penyimpan .
Kalau awak buat salah , dia takkan bagitahu apa salah awak . Jadi hati-hati laa dah ingat setiap apa yang awak buat .
Kalau awak rasa awak tak dapat nak hadap panas baran dia , jauhkan diri awak .
Paling penting , tolong awak jangan berlaku curang terhadap dia . Tolong pulangkan dia kepada saya kalau awak tak mampu jaga dia .
Kalau awak baik hati tolong jangan rampas/ambil dia dari saya , Walau dia tak anggap saya GF dia . Saya belum puas nak buat dia suka hati , saya belum puas nak ubatkan hati dia sebab kerenah saya , saya belum puas nak jaga dia .
*Rindu gelak tawamu serta senyuman mu :'(
0 comments:
Catat Ulasan